Rabu, 8 Jun 2011

Mesyuarat Agung(PERCAK AGM 2011)@7 Jun 2011


Pic Pengerusi Percak Tuan Haji Yahaya(Kanan)Dan Naib Pengerusi Amri Ibni Hajar(Kiri)


Pic Mesyuarat Agung Persatuan Catur Negeri Kedah (PERCAK)@Restoran Nasmir Sungai Petani Kedah



Seramai lebih kurang 20 ahli-ahli serta ahli jawatankuasa persatuan berkumpul bagi membincangkan beberapa agenda yang juga turut dipengerusikan Oleh Tuan Haji Yahaya Ahmad

Beberapa Agenda turut dibincangkan,diantaranya:
●Bagi membincang serta melengkapkan kertas kerja untuk penyerahan ke Pesuruhjaya Sukan bagi tahun 2011
●Perbicangan bagi mewujubkan Kelab-kelab catur di daerah-daerah di Negeri Kedah
●Cadangan Pertandingan Tertutup Kedah(July 2011 di sekitar Bandaraya Alor Setar)
●Cadangan Pertandingan Terbuka Kedah(Disember 2011)
●Perlantikan baru bagi Jawatan Penolong Setiausaha iaitu En Nazli Johardy
●Pertandingan catur (blitz 3 minit)

Bagi sesiapa yang ingin mendaftar untuk menjadi ahli baru PERCAK sila hubunggi Setiausaha(Syed Iskandar 017-4731678)atau penolong Setiausaha(En Nazli -019-4120130)

Senarai Ahli jawatan kuasa 2011:
●Presiden : Tuan Haji Yahaya Ahmad
●N.Presiden : Encik Amri Ibni Hajar
●Setiausaha: Encik Syed Iskandar Shah
●Penolong Setiausaha:Encik Nazli Johardy
●Bendahari :Encik Abd Rahman Omar

Ajk:
●Encik Alias Hanafi
●Encik Azudin Abdullah.

Keputusan Pemenang: Top 5 Blitz 3 Minit:
1st Nazli Johardy
2nd Syed Iskandar
3rd Amri Ibni Hajar
4th Nor Atiqah
5th Nasaruppin