Ahad, 4 Januari 2015

Kami telah berpindah ke alamat yang baru, http://blog.percak.com. Harap maklum.
Kami telah berpindah ke alamat yang baru, http://blog.percak.com. Harap maklum.

Selasa, 30 Disember 2014

Festival Catur Kedah 2015

InsyaALLAH, 16, 17 dan 18 Januari 2015 bakal menyaksikan satu festival catur diadakan di Kedah.

16/1/2015 - Kejohanan Catur Blitz Kedah 2015
17/1/2015 - Kejohanan Catur Terbuka Kedah 2015 (Siri 1)
18/1/2015 - Pemilihan Wakil Kedah 2015




Isnin, 22 Disember 2014

Mesyuarat Jawatankuasa Langkawi International Chess Open 2015

23/12/2015 - Langkawi, Satu pertemuan antara Pengarah MyAngkasa dengan Timbalan Presiden PERCAK telah berlangsung bagi membincangkan penganjuran Langkawi International Chess Open 2015. Tarikh yang dicadangkan adalah pada 2hb dan 3hb Mei 2015. Sama-samalah kita doakan perancangan ini menjadi kenyataan.

Update 24/12/2015:
Berikut adalah senarai cadangan hadiah:
 1st Prize: RM3,000
2nd Prize: RM2,000
3rd Prize: RM1,000
4th Prize: RM700
5th Prize: RM500
6th Prize: RM300
7th - 10th Prize: RM200
11th - 15th Prize: RM150

Best Malaysia
1: RM500
2: RM400
3: RM300
4: RM200
5: RM100

Best U18
1st: RM200
2nd: RM150
3rd: RM100

Best U15
1st: RM200
2nd: RM150
3rd: RM100

Best U12
1st: RM200
2nd: RM150
3rd: RM100

Best Veteran/Women/IPT/MyAngkasa/Langkawi: RM100

Pengarah MyAngkasa dan Timbalan Presiden PERCAK

Tempat Kejohanan

Jumaat, 19 Disember 2014

Pertandingan Catur Blitz Persatuan Catur Negeri Perlis 2014(10min)@20 Dec 2014






































Flyer Pertandingan

Khas kepada semua peringkat dari pelajar hingga terbuka,pendaftaran diwajib daftar sebelum atau pada 19 Dec 2014 .Terhad kepada 50 peserta sahaja..

Bayaran Pendaftaran boleh dibuat melalui akaun Pusat Akademi Catur Utara(PACU)-CIMB Akuan: 0216-0000880-10-3,Sila simpan slip pembayaran untuk pengesahan,bawa pada waktu kejohanan (pastikan anda sms atau email 019-4641001(syed iskandar)

Segala Pertanyaan,pendaftaran atau kepada mana-mana organisasi yang ingin surat jemputan dan flyer kejohanan sila hubunggi talian 019-4641001(Syed Iskandar)Email:pcnperlis@gmail.com

Cadangan saya sebaik-baiknya lakukan perancangan lebih awal dan bijak supaya anda tidak menghadapi kesulitan dikemudian hari..T.Ksh


Venue Sek Men Syed Hassan


Map Venue Kejohanan

Ahad, 30 November 2014

Laporan Kejohanan Catur Tertutup Kedah 2014 dan AGM PERCAK

29/11/2014 - UUM Sintok, Kejohanan Catur Tertutup Kedah berjaya melabuhkan tirainya baru-baru ini. Kejohanan yang mendapat kerjasama Kelab Catur dan Karom UUM menyaksikan penyertaan oleh jaguh-jaguh terkenal Kedah seperti Amri Ibni Hajar, Abdul Mu'izz Bakhir, Nuriman Yahaya dan Syed Iskandar Shah. Setelah menang tanpa tewas, Amri Ibni Hajar berjaya merangkul gelaran Juara bagi kejohanan edisi tahun 2014 ini.

Berikut adalah senarai Top 10 Kedah Closed 2014 (Gambar di bawah).

1. Amri Ibni Hajar
2. Abdul Mu'izz Bakhir
3. Abdul Rahim Taib
4. Hooi Chin See
5. Mohd Safri Ilias
6. Zul Suhaili Md Husain
7. Syed Iskandar Shah
8. Wee Yi Lee
9. Muhd Asyraf Akmal Abdul Aziz
10. Mohd Zin Bisri

Senarai Hadiah Khas Kategori:
1. Veteran: Jusoh Abdullah
2. IPT: Zulkifli Talib
3. UUM: Muhammad Iyas
4. Wanita: Nur Syamsina Rosshaidi
5. B18: Muhd Nuriman Yahaya
6. B15: Nabil Firdaus
7. B12: Aqil Danish Jusoh

Setelah berlangsungnya kejohanan, Persatuan Catur Negeri Kedah (PERCAK) mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan bagi memilih jawatankuasa PERCAK 2014/2015.

Berikut merupakan ahli jawatankuasa PERCAK 2014/2015
1. Presiden: Amri Ibni Hajar
2. Naib Presiden: Syed Iskandar Shah Syed Hussin
3. Bendahari: Nazli Johardy Johari
4. Setiausaha: Muhammad Iyas Ilias
5. Penolong Setiausaha: Muhammad Asyraf AkmalAbdul Aziz
6. AJK: Zul Suhaili Md Husain
7. AJK: Zulkifli Talib
8. AJK: Yew Chor Hian

Semoga dengan terbentuknya jawatankuasa yang baru ini, PERCAK akan menerajui Catur Kedah ke era yang lebih gemilang. Tamat.

Amri Ibni Hajar - Juara Kedah Closed 2014

Abdul Mu'izz - Naib Juara
Cikgu Rahim- Tempat ketiga