Ahad, 30 November 2014

Laporan Kejohanan Catur Tertutup Kedah 2014 dan AGM PERCAK

29/11/2014 - UUM Sintok, Kejohanan Catur Tertutup Kedah berjaya melabuhkan tirainya baru-baru ini. Kejohanan yang mendapat kerjasama Kelab Catur dan Karom UUM menyaksikan penyertaan oleh jaguh-jaguh terkenal Kedah seperti Amri Ibni Hajar, Abdul Mu'izz Bakhir, Nuriman Yahaya dan Syed Iskandar Shah. Setelah menang tanpa tewas, Amri Ibni Hajar berjaya merangkul gelaran Juara bagi kejohanan edisi tahun 2014 ini.

Berikut adalah senarai Top 10 Kedah Closed 2014 (Gambar di bawah).

1. Amri Ibni Hajar
2. Abdul Mu'izz Bakhir
3. Abdul Rahim Taib
4. Hooi Chin See
5. Mohd Safri Ilias
6. Zul Suhaili Md Husain
7. Syed Iskandar Shah
8. Wee Yi Lee
9. Muhd Asyraf Akmal Abdul Aziz
10. Mohd Zin Bisri

Senarai Hadiah Khas Kategori:
1. Veteran: Jusoh Abdullah
2. IPT: Zulkifli Talib
3. UUM: Muhammad Iyas
4. Wanita: Nur Syamsina Rosshaidi
5. B18: Muhd Nuriman Yahaya
6. B15: Nabil Firdaus
7. B12: Aqil Danish Jusoh

Setelah berlangsungnya kejohanan, Persatuan Catur Negeri Kedah (PERCAK) mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan bagi memilih jawatankuasa PERCAK 2014/2015.

Berikut merupakan ahli jawatankuasa PERCAK 2014/2015
1. Presiden: Amri Ibni Hajar
2. Naib Presiden: Syed Iskandar Shah Syed Hussin
3. Bendahari: Nazli Johardy Johari
4. Setiausaha: Muhammad Iyas Ilias
5. Penolong Setiausaha: Muhammad Asyraf AkmalAbdul Aziz
6. AJK: Zul Suhaili Md Husain
7. AJK: Zulkifli Talib
8. AJK: Yew Chor Hian

Semoga dengan terbentuknya jawatankuasa yang baru ini, PERCAK akan menerajui Catur Kedah ke era yang lebih gemilang. Tamat.

Amri Ibni Hajar - Juara Kedah Closed 2014

Abdul Mu'izz - Naib Juara
Cikgu Rahim- Tempat ketiga

Tiada ulasan:

Catat Ulasan