Jumaat, 12 April 2013

Laporan Kejohanan Catur 1st Kedah Rapid & Blitz Chess Championship 2013

SUNGAI PETANI - 6 & 7 APRIL 2013, Kelab Cinta Sayang Golf Resort dengan kerjasama Persatuan Catur Negeri Kedah (PERCAK) telah mengadakan satu kejohanan catur (bertaraf FIDE Rated). Ini adalah kejohanan pertama melibatkan FIDE yang diadakan di Negeri Kedah setelah empat kejohanan catur bertaraf Kebangsaan iaitu Kolej Vokasional Kulim pada 12 Januari lalu, MRSM Merbok Sg Petani pada 26 Januari dan SBPI Kubang Pasu pada 02 Februari dan akhir sekali di SMK Lubuk Buntar 16 Febuari. Penyertaan untuk kejohanan kali ini datangnya dari serata negeri di Malaysia antaranya dari Kedah, Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Pahang, Kelantan, Selangor, Kuala Lumpur dan Perlis.

Kelab Cinta Sayang Golf Resort menjadi tempat kejohanan Catur seterusnya bagi 
Persatuan Catur Negeri Kedah (PERCAK)

Penaja Utama Hadiah 1st Kedah Rapid & Blitz Chess Championship 2013

Perancangan untuk kejohanan ini telah dibuat selama 4 bulan, hasil dari persetujuan dan kerjasama dari semua pihak penaja Kejohanan yang diberi nama 1st Kedah Rapid & Blitz Chess Championship 2013 dapat di anjurkan dengan jayanya.

Perbincangan telah diadakan dengan pihak penaja untuk mengadakan satu kejohanan bertaraf FIDE di Negeri Kedah pada 29 Disember 2012


Kejohanan ini telah dijadualkan selama dua hari iaitu Sabtu & Ahad (6&7 April2013). Arbiter untuk kejohanan ini adalah Fide Arbiter Najib Wahab dan telah dibantu oleh National Arbiter Nik Ahmad Faruqi Nik Abdul Aziz.



Kejohanan ini bermula pada pukul 9.00pagi dengan mengadakan "meeting player (salah satu syarat FIDE)" dan tepat pukul 10.00pagi pusingan pertama bermula. Dengan kerjasama dari semua peserta, kejohanan ini dapat dijalankan dengan lancar.

Para peserta melihat pairing untuk pusingan pertama

Fong Yit San peserta dari Perak ini telah dinobatkan sebagai Johan untuk Rapid dan Abdul Haq Mohamed peserta dari Kelantan Johan untuk Blitz. Semua keputusan saya telah muatkan di Chess Result.


Bergambar bersama Penaja, Jawatankuasa PERCAK, Arbiter dan kesemua pemenang

Antara Pic terpilih untuk kejohanan kali ini.

Kejohanan ini telah menggunakan DGT board dimana kejohanan ini dapat disaksikan secara live di Internet - http://kedaicatur.com/










Terima Kasih kepada Nik Faruqi kerana sudi membuka bazar buku catur di kejohanan ini.



Pertembungan tidak sengaja antara Presiden PERCAK dengan Setiausaha PERCAK merancakkan lagi aksi kejohanan kali ini. :)









Pertembungan antara Abdul Muizz (jaguh dari kulim) dengan Fong Yit San berkesudahan seri











Tahniah diucapkan kepada NWM Khairun Nisa kerana sudi datang dari kuantan semata-mata untuk menyertai kejohanan ini.











Pertembungan antara Kamaludin Yusof dengan Ahmad Fadzil Nayan menjadi tumpuan peserta lain.












Antara aksi peserta cilik yang mampu bertarung dengan peserta dewasa, sekaligus mengambarkan sukan catur ini untuk semua peringkat umur boleh bertarung.









Pihak PERCAK amat berterima kasih kepada Kelab Cinta Sayang kerana memberi kejasama yang tidak berbelah bagi untuk kejohanan catur kali ini. Terima Kasih juga diucapkan kepada Kasugi Prima Sdn Bhd dan Kelab Catur Jaafolea kerana menjadi penaja utama hadiah kejohanan kali ini. Kejohanan seterusnya akan diadakan di Aman Jaya Mall SG PETANI pada 11 Mei 2013. Jumpa anda di sana.. :)






Tiada ulasan:

Catat Ulasan