Khamis, 28 Januari 2010

Pasukan PERCAK ke USM Team Event.

Percak akan menghantar 2 pasukan yang akan menyertai kejohanan catur terbuka USM berpasukan dan bermain atas nama persatuan, iaitu Percak Juniors & Percak Seniors. Pasukan itu merupakan 2 generasi pemain catur yang berpengaruh di Kedah. Pasukan senior terdiri daripada pemain-pemain yang berpengalaman luas dan sering kali mewakili negeri suatu masa dulu. Pasukan senior ini juga merupakan sebahagian dari ahli pasukan yang pernah mendapat tempat ke-3 di Pertandingan Inter-state yang lepas. Pasukan Juniors pula membariskan pemain-pemain catur remaja yang handal dan merupakan elit catur di Kedah pada masa hadapan. Gabungan pemain-pemain ini akan menambahkan lagi rencah di dalam arena catur Kedah yang kembali membangun.

Percak Seniors:
  • Syed Iskandar Shah
  • Amri Ibni Hajar
  • Yew Chor Hian
  • Rosly Yacob
  • Zaharin Che Man
Percak Juniors:
  • Fairus Hamizah Ahmad Fuad
  • Muhd Nurislam Yahaya
  • Muhd Sirajuddin Munawwir Ahmad Fuad
  • Muhd Nuriman Yahaya
  • Muhd Nurehsan Yahaya 
Semoga pemain-pemain ini akan berjaya dan dapat mengharumkan nama Negeri Kedah. Kita doakan kejayaan kepada merepa. Selamat berjuang dan selamat berjaya.

Sabtu, 23 Januari 2010

Keahlian Percak

Persatuan Catur Kedah membuka keahlian kepada sesiapa sahaja yang berminat. Yuran Keahlian sebankyak RM30.00 setahun dikenakan. Keistimewaan menjadi ahli ialah diskaun yuran penyertaan dalam mana-mana pertandingan di anjurkan Percak.Sesiapa berminat boleh menghubungi Ahli-ahli jawatankuasa Percak:

En. Yahya Ahmad -013-4517585
Cikgu Ahmad Fuad -019-4208436
Cikgu Rahman -013-4463070
En. Amri Ibni Hajar - 013-4231793
En Alias Hanafi - O12-5543609

Percak

Percak- Persatuan Catur Kedah