Selasa, 11 Mei 2010

Keputusan Pra MSSK 2010

SIRAJUDDIN Ketuai Cabaran Kulim Bandar Baharu.
Bandar Baharu, Kedah. 9 Mei 2010, Juara Kedah dua tahun berturut-turut, 2008 di Kulim dan di 2009 di Kuala Nerang kategori bawah 12 tahun lelaki kejohanan catur MSSK, Muhammad Sirajuddin akan mengetuai cabaran kotingen daerah Kulim Bandar Baharu ke kejohanan Catur MSS Kedah yang akan berlangsung di SMK Model Khas Baling pada 13 hingga 15 Mei ini. Beliau murid Tahun 5 Sek Keb Sri Kulim juga akan berusaha mencipta rekod pemenang pingat emas bawah 12 tahun MSSK buat tiga tahun berturut-turut.

Dalam pertandingan peringkat daerah KBB yang berlangsung pada Sabtu, 8 Mei yang lalu di Dewan Tunku Intan Safinaz beliau mendapat mata penuh, 6 mata daripada 50 pemain yang mengambil bahagian. Penyertaan dalam pertandingan tersebuat adalah seperti berikut:



Hadiah-hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh Pengetua Cemerlang SMK Sultan Ahmad Tajuddin, Tuan Hj Azizan b Khamis.

Seramai 24 orang pemain terbaik telah dipilih untuk mewakili KBB. Antaranya ialah kakaknya, Fairuz Hamizah yang memenangi kategori P15 dan Saqirah Nasarudin johan P18 yang telah beberapa kali mewakili Kedah dalam MSSM. SMK Kulim masih unggul dengan menyapu bersih kategori L18 dan menang L15. Lain-lain peserta yang terpilih adalah seperti senarai berikut:



KEJOHANAN CATUR SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI KEDAH 2010 13 – 15 Mei 2010 Sekolah Model Khas Baling

Wakil Daerah Kulim Bandar Baharu:

Berdasarkan senarai di atas, KBB akan ke Baling dengan barisan terbaik sejak kebelakangan ini mengharapkan lebih banyak pingat akan diperolehi dan lebih ramai akan terpilih mewakili Kedah ke MSSM di Perlis dalam Jun nanti. Tahun lalu, 11 daripada 36 pemain kotingen Kedah ke MSSM di Selangor adalah dari KBB. Sebanyak 8 daerah pendidikan akan bersaing di Baling mulai khamis ini bagi merebut masing-masing 6 pingat emas, perak dan gangsa serta 36 tempat untuk mewakili Kedah ke Pesta Catur MSSM 2010.


Artikel sumbangan Cikgu Ahmad Fuad.

2 ulasan:

  1. Salam Cg Fuad,

    Saya telah masukkan maklumat MSSK dalam laman blog berikut :

    http://mssm2010.blogspot.com/

    Jika Cg ada gambar2 pertandingan harap dapat dikongsi untuk kemajuan CATUR.

    TQ.

    GiLoCatur

    BalasPadam