Isnin, 14 Mac 2011

Keputusan AGM 2011

5 March 2011, telah berlangsung mesyuarat agung tahunan 2011, dan pertandingan catur blitz (5 minit), bertempat di S.M.K Bandar, Sungai Petani, Kedah. Ahli jawatankuasa baru telah dilantik untuk mengerakkan Persatuan Catur Negeri Kedah ini.

Senarai Ahli jawatan kuasa 2011:
Presiden : Tuan Haji Yahaya Ahmad
N.Presiden : Encik Amri Ibni Hajar
Bendahari :Encik Abd Rahman Omar
Setiausaha: Encik Syed Iskandar Shah
Ajk: 
Encik Alias Hanafi
Encik Azudin Abdullah. 


Beberapa agenda turut dibincangkan, diantaranya:
  • Pertandingan Catur Terbuka Kedah- akan diadakan dalam masa terdekat dan hadiah-hadiah yang akan ditawarkan agak lumayan. Kemungkinan akan diadakan di sekitar kawasan Alor Setar
  • memperbaharui keahlian ahli-ahli lama yang belum mendaftar lagi pada tahun ini.
  • menambah keahlian baru
Pertandingan catur blitz yang diadakan di sebelah pagi telah dimenangi oleh Encik Amri Ibni Hajar yang terpaksa di tentukan menerusi acara play-off dengan saudara Nazly Johardy. 

Keputusan pertandingan:
1.Amri Ibni Hajar RM300
2.Nazli Jorhardy RM130
3.Muhamad NurIslam Yahaya RM100
4.Syedchess RM70
5.Zaharin RM50
6.Yew Chor Hian RM30
7.Muhamad NurIman Yahaya RM30
8.Nor Atiqah RM30
9.Nasaruppin RM30
10.Asyraf Akmal RM30
11.Alias Hanafi
12.Mahathir
13.Nazlee
14.Azudin
15.Mohd Taufik
16.Nazlan
17.NurEhsan Yahaya
 

Rabu, 2 Mac 2011

Pendaftaran Kedah Blittz 5 Mac.

Untuk makluman semua:
Pendaftaran akan di buka sehingga jam 9.00 pagi 5 Mac 2011. Untuk para pemain yg belum mendaftar, boleh membuat pendaftaran pada hari kejohanan sebelum pukul 9 pagi.
Penyertaan di buka kepada ahli Percak, dan untuk menjadi ahli Percak pula, di buka kepada semua, dengan syarat, membayar yuran keahlian sebanyak RM30.00( boleh daftar jadi ahli pada hari pertandingan, dan daftar sertai pertandingan).