Khamis, 27 Februari 2014

National Closed 2014 - Wakil Kedah


Jemputan mewakili Kedah ke 
Kejohanan Catur Tertutup Kebangsaan

Saya selaku Setiausaha Persatuan Catur Kedah telah menerima email rasmi dari Penolong Setiausaha Persekutuan Catur Malaysia untuk menghantar wakil dari negeri kedah ke kejohanan catur tahunan tertutup kebangsaan yang akan membawa gelaran 'National Master' NM dan 'National Women Master' NWM (gelaran seumur hidup) pada 11hb Mac 2014 - 16hb Mac 2014. Boleh rujuk pada lampiran pertama. Dan senarai Hadiah serta jadual kejohanan pada lampiran kedua dan ketiga.

Lampiran Pertama

Lampiran Kedua

Lampiran Ketiga

Mengikut kepada borang pendaftaran setiap negeri hanya layak menghantar 2 orang pemain terbuka dan 2 orang pemain perempuan secara rasmi dibawah tiket negeri dengan kelayakan minimum adalah mempunyai rating min National Rating 1650 atau Fide Rating 1800 untuk terbuka dan rating min National Rating 1400 atau Fide Rating 1550 untuk perempuan. Boleh rujuk lampiran keempat. Dan syarat tambahan pada lampiran kelima.

Lampiran Keempat

Lampiran Kelima

Juteru itu, untuk sesiapa yang berminat untuk mewakili kedah mesti lah mematuhi syarat diatas dan memberi nama kepada saya terawal. Persatuan Catur Negeri Kedah hanya akan menaja yuran penyertaan sahaja kepada pemain rasmi negeri (2 orang terbuka dan 2 orang perempuan). Pembelanjaan seperti penginapan, pengakutan, makan minum dan sebagainya sepanjang kejohanan berlangsung hendaklah tanggungjawab peserta sendiri.

Syarat Tambahan adalah peserta yang ingin mewakili Kedah ke kejohanan ini mestilah membayar yuran penyertaan kepada persatuan dan kemudianya akan dikreditkan semula kedalam akaun peserta tersebut setelah kejohanan telah berlangsung. Ini bertujuan mengelakkan peserta menarik diri pada saat akhir atau tidak menghabiskan permainan pada kejohanan tersebut. Sekiranya berlaku yuran penyertaan yang dijelaskan kepada persatuan tidak akan dikembalikan kepada peserta dan akan di senarai hitamkan nama peserta tersebut untuk mewakili kedah untuk 5 tahun hadapan.

Sekiranya berminat sila hubungi Setiausaha Negeri Kedah untuk pendaftaran sebelum 3 Mac 2014 pukul 6.00 petang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan