Khamis, 28 Januari 2010

Pasukan PERCAK ke USM Team Event.

Percak akan menghantar 2 pasukan yang akan menyertai kejohanan catur terbuka USM berpasukan dan bermain atas nama persatuan, iaitu Percak Juniors & Percak Seniors. Pasukan itu merupakan 2 generasi pemain catur yang berpengaruh di Kedah. Pasukan senior terdiri daripada pemain-pemain yang berpengalaman luas dan sering kali mewakili negeri suatu masa dulu. Pasukan senior ini juga merupakan sebahagian dari ahli pasukan yang pernah mendapat tempat ke-3 di Pertandingan Inter-state yang lepas. Pasukan Juniors pula membariskan pemain-pemain catur remaja yang handal dan merupakan elit catur di Kedah pada masa hadapan. Gabungan pemain-pemain ini akan menambahkan lagi rencah di dalam arena catur Kedah yang kembali membangun.

Percak Seniors:
  • Syed Iskandar Shah
  • Amri Ibni Hajar
  • Yew Chor Hian
  • Rosly Yacob
  • Zaharin Che Man
Percak Juniors:
  • Fairus Hamizah Ahmad Fuad
  • Muhd Nurislam Yahaya
  • Muhd Sirajuddin Munawwir Ahmad Fuad
  • Muhd Nuriman Yahaya
  • Muhd Nurehsan Yahaya 
Semoga pemain-pemain ini akan berjaya dan dapat mengharumkan nama Negeri Kedah. Kita doakan kejayaan kepada merepa. Selamat berjuang dan selamat berjaya.

1 ulasan:

  1. assalamualaikum nama inigin menjadi ahli PERCAk dan bermain untuk persatuan ini...
    boleh emailkan kpd sya scepat mungkin:-)
    death_connection91@yahoo.com

    BalasPadam