Isnin, 13 Mei 2013

Laporan Penuh Kejohanan Catur Terbuka AmanJaya Mall 2013


Amanjaya Mall, Sungai Petani  - 11/5/2013, Amanjaya Mall dengan kerjasama Persatuan Catur Negeri Kedah (PERCAK) telah mengadakan satu kejohanan catur CCR (Cerdik Catur Rated Event) julung-julung kalinya diadakan di pusat membeli belah. Seramai 84 peserta telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini.  Para peserta bermain dalam satu pairing dan penyertaan untuk kejohanan kali ini antaranya dari Kedah, Perak, Pulau Pinang, Selangor dan Perlis. Ini menampakkan kejayaan PERCAK berjaya menarik ramai pemain luar untuk bermain di Negeri Kedah. 


Persediaan tempat pada malam sebelum kejohanan berlangsung

Kejohanan ini bermula tepat pukul 10.15pagi dengan menggunakan CCR sebagai penentu pairing menampakkan pusingan pertama peserta dari Kedah mengungguli meja satu.

Pemain putih  Nor Atiqah Bt Mohd Niza vs Pemain Hitam Cikgu Shahruddin. 
Kedua-dua peserta ini dari kedah

Looi Xin Hao peserta dari USM Pulau Pinang telah berjaya menjadi johan untuk kejohanan kali ini. Semua keputusan kejohanan saya telah muatkan di Chess Result :- http://chess-results.com/tnr100752.aspx?art=1&lan=1&wi=821

Looi Xin Hao di nobatkan sebagai johan

Antara Pic terpilih untuk kali ini..

Kejohanan di Amanjaya Mall kali ini membuktikan pengajuran sukan catur boleh diadakan di mana-mana sahaja dan tidak semestinya di dewan ataupun di bilik khas.














Pertembungan antara Looi Xin Hao (pemain putih) dengan Nelson Villanueva peserta dari Filipina menarik perhatian peserta lain.














 Tn Hj Yahaya Ahmad turut turun menyaksikan kejohanan berlangsung
Pertembungan antara NM Tan Khai Boon dengan Shamsul Amir berakhir dengan keputusan seri.














Tahniah kepada Cikgu Hamizul selaku Arbiter kejohanan dan membuatkan kejohanan berlangsung dengan sempurna.
Kejohanan ini berjaya menarik perhatian orang ramai untuk berjinak-jinak dengan sukan berkemahiran tinggi ini.
Pihak PERCAK amat berterima kasih kepada Amanjaya Mall kerana memberi kerjasama yang tidak berbelah bagi untuk  kejohanan kali ini. Terima Kasih juga diucapkan kepada Kelab Catur Jaafolea kerana menjadi penaja utama hadiah kejohanan kali iniSemoga kita berjumpa lagi di kejohanan catur yang akan datang.. :)

Tiada ulasan:

Catat Komen