Tarikh : 30 September 2011.
Waktu : 9.30 P.M
Kehadiran: Amri Ibni Hajar, Syed Iskandar Shah , Alias Hanafi , Azudin Abdullah dan Taufik Mohd Tahir.
Agenda:
Mesyuarat ini banyak berbincang mengenai pertandingan Catur Tertutup Kedah 2011 (Kedah Closed 2011). Anatara cadangan yang telah dikemukakan seperti berikut:
- Tempat yang dicadangkan - Petronas Fertilizer , Gurun.
- Tarikh - minggu ketiga @ keempat bulan Oktober dan berkemungkinan 29 Oktober 2011.
- Yuran - Terbuka RM20, Bawah 18 thn dan 12 tahun RM15.00 (diskaun RM 5.00 untuk ahli Percak)
- Hadiah - Wang tunai dan piala (struktur hadiah telah dibincangankan tetapi mungkin akan ada sedikit perubahan , piala akan ditaja oleh beberapa individu - Bayu Tiara Engineering dan lain-lain individu.
- Pertandingan akan dijalankan dengan kawalan masa 25 minit , 7 pusingan Swiss dan mengikut peraturan-peraturan FIDE.
- Pemenang akan menjadi calon-calon pilihan mewakili Kedah ke mana-mana pertandingan yang melibatkan pasukan negeri :cth -Interstate, Penang Chess league , USM team event , National Championship.
- Maklumat lanjut mengenai pertandingan Kejohanan Catur Tertutup Kedah 2011 akan diumumkan kelak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan