Ahad, 31 Mac 2013

Keputusan Catur MSSM 2013



KEJOHANAN CATUR MSSM 2013
Kejohanan Catur Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2013 berlangsung pada 23 - 30 Mac 2013 bertempat di Negeri Perak Darul Ridzuan. Pertandingan pada tahun 2013 akan menggunapakai Peraturan Permainan Catur MSSM Pindaan 2012. Peraturan Baru ini akan dimuatnaik sedikit masa lagi selepas mendapat pengesahan.

Peraturan Baru : Tempoh Permainan
Peraturan baru hanya melibatkan perubahan tempoh permainan iaitu daripada 1 jam 30 minit seorang kepada 1 jam + 30 saat per pergerakan (1 jam + 30 saat increment). Keadaan ini mewajibkan pemain merekodkan (menulis) setiap pergerakan mereka dan pihak lawannya sehingga tamat tempoh masa (sehingga 'bendera jatuh'). Peraturan lama yang membenarkan pemain tidak perlu merekod pergerakan apabila masanya tinggal 5 minit adalah dimansuhkan.

Rasional Peraturan Baru
Pertandingan Catur dimainkan secara sistem swiss,
iaitu 'KALAH TIDAK MATI'. Walaupun kalah dalam setiap permainan, pemain akan terus bermain sehingga ke pusingan akhir. Seramai 578 orang pemain akan bermain serentak dengan hanya diawasi oleh seramai 40-45 orang arbiter (pengadil) sahaja. Peraturan sebelum ini memerlukan kehadiran sepenuh masa seorang arbiter di setiap meja apabila pertandingan berterusan sehingga di minit-minit akhir (5-10 minit terakhir). Keadaan ini menyebabkan kita menghadapi masalah kekurangan arbiter yang serius. Dengan peraturan baru, arbiter boleh terus berfungsi mengawasi keseluruhan pertandingan. di dalam dewan.

Kenapa Peraturan Time Increment Dilaksanakan Sekarang?
Peraturan ini boleh dilaksanakan jika kita menggunakan jam digital, sedangkan kebanyakan negeri hanya mempunyai jam analog. Hanya beberapa tahun kebelakangan ini, negeri-negeri telah mula membeli jam digital. Setelah dirasakan kita boleh menyediakan jam digital yang cukup tanpa memberikan implikasi kewangan, barulah kita melaksanakan peraturan baru ini. --artikel di petik dari : www.caturmssm.com


Keputusan Kontinjen Kedah di MSSM 2013.

  • Pingat Gangsa - Perempuan berpasukan  U18



KEPUTUSAN RASMI 2013





Tiada ulasan:

Catat Komen