Isnin, 16 Disember 2013

Cerita Kejohanan Catur MSSD, MSSK dan MSSM Tahun 2014


Tahun 2014 seperti tahun tahun lepas.... acara tahunan catur akan diadakan di setiap daerah di Negeri Kedah (Kuala Muda Yan,Kubang Pasu,Kota Setar,Padang Terap,Pendang,Baling Sik dan Langkawi). Tahun 2014 jika diizikan Allah saya (Norazwan Bin Kamaruzaman) akan pergi kesemua tempat MSSD di Negeri untuk membuat liputan keadaan semasa pairing setiap pusingan dan memberi ulasan terkini disetiap tempat kejohanan.. Gambar-gambar terkini saya akan updatekan di muka buku Kumpulan Catur Kedah manakala laporan penuh keadaan kejohanan akan dimuatkan di website ini.. 

Daerah Kubang Pasu antara daerah yang pertama mengeluarkan takwim kejohanan catur yang akan diadakan di SMK Megat Dewa pada 6-8 Feb boleh rujuk disini - http://www.ppdkubangpasu.com/attachments/article/847/TAKWIM%20SUKAN%202014.pdf

Saya akan dikemaskinikan semasa ke semasa takwim untuk daerah-daerah lain.

SMK MEGAT DEWA akan menjadi tempat pemilihan catur di daerah Kubang Pasu

Takwim untuk Sukan-Sukan Daerah Kubang Pasu

Untuk Kejohanan Catur MSSK Kedah akan di adakan di daerah Pendang pada 20-22 Feb dan MSSM akan diadakan di Sarawak pada 24-28 Mac 2013.

Saya harap dengan maklumat ini dapat membangkitkan semangat para percatur di kalangan 17Tahun kebawah untuk lebih bersemangat untuk berlatih. Pertandingan catur yg terdekat pada tahun 2014 ialah di SK SRI KULIM pada 4hb Januari 2014.

Akhir kata saya berharap tahun 2014 adalah tahun dimana kedah akan memberi saingan pada negeri-negeri yang hebat seperti PENANG KL dan SELANGOR.. Good Luck..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan