Isnin, 14 Januari 2013

Laporan Kejohanan Catur Kolej Vokasional Kulim



KULIM  - 12/01/2013, Kolej Vokasional Kulim dengan kerjasama Persatuan Catur Negeri Kedah (PERCAK) telah mengadakan satu kejohanan catur (National Rated Event). 170 peserta telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini.  Para peserta bermain mengikut kategori masing-masing (Terbuka, Bawah 18 dan Bawah 12). Penyertaan untuk kejohanan kali ini antaranya dari Kedah, Perak, Pulau Pinang, Selangor dan Perlis. Ini menampakkan kejayaan PERCAK berjaya menarik ramai pemain luar untuk bermain di Negeri Kedah. 


Persediaan tempat kejohanan pada malam sebelum kejohanan berlangsung.

Kejohanan ini bermula  pada tepat pukul 9.10 pagi dan tamat pada pukul 6.30 petang. Dengan kerjasama dari semua pihak, kejohanan ini dapat dijalankan dengan lancar...

Pusingan Pertama bermula


Kejohanan kali ini telah disaksikan oleh En Zuhri selaku Timbalan Presiden MCF yang sanggup datang dari Kuala Lumpur dengan menaiki kapal terbang dan turun di Pulau Pinang dan terus datang ke Kulim.

Bergambar bersama dari kiri Tn Haji Yahaya (Persiden PERCAK), 
En Suhaimi (PK KOKO Kolej Vokasional Kulim),  Ustaz Takiyudin (Penasihat Catur Kolej Vokasional Kulim), En Zuhri (Timbalan Presiden MCF) dan En Norazwan (Setiausaha PERCAK) 


Fong Yit San peserta dari Perak telah membuktikan Johan Kategori Terbuka menjadi miliknya setelah mendapat 5.5 mata dari 6. Untuk kategori Bawah 18 pula peserta dari Kulim, Kedah Sirajuddin telah membuktikan bahawa dia berjaya menjadi Johan Kategori Bawah 18. Kategori yang paling muda iaitu Kategori Bawah 12 tahun peserta dari Pulau Pinang Heng Gua Jia menjadi Johan untuk kategori tersebut. Semua keputusan saya telah muatkan di Chess Result.


JOHAN KATEGORI TERBUKA 


JOHAN KATEGORI BAWAH 18


JOHAN KATEGORI BAWAH 12




Penglibatan pelajar dari Kelab Catur
Kolej Vokasional Kulim dalam penganjuran kejohanan ini secara tidak langsung dapat melatih mereka untuk mengajurkan kejohanan. Ini antara salah satu matlamat PERCAK melatih Kelab Catur untuk menganjurkan satu kejohanan besar.









Terima Kasih kepada semua Arbiter yang di kalangan mereka adalah Arbiter dari MSSK Kedah.
Kerjasama ini sangat diharapkan dari pihak PERCAK untuk kejohanan akan datang. Pihak PERCAK juga bercadang untuk menghantar wakil Arbiter dari Kedah untuk menghadiri khusus untuk mendapatkan title IA. Harap perancangan ini berjaya.




Che Lah peserta dari Kulim, Kedah berjaya mengalahkan Antony pusingan kedua. Tahniah Che Lah kerana berjaya membuktikan kehebatannya masih berbisa..











Game antara Wong Yinn Long dan Ahmad Fadzil Nayan menjadi tumpuan di kalangan peserta lain.


Antara peserta wanita dan guru mengambil bahagian dalam kejohanan kali ini.



Antara peserta Kategori Bawah 18 Tahun. Sirajuddin vs Nurul Syazwani Hamizul. Kedua-dua peserta dari Kedah.











Peserta dari Pulau Pinang. Antara peserta kategori Bawah 18.








Tekun peserta cilik ni. Antara peserta Kategori Bawah 12 Tahun











Ahmad Akif Hasif Ahmad Fuad antara pelapis yang perlu digilap bakatnya. 












Pihak PERCAK amat berterima kasih kepada Kolej Vokasional Kulim kerana memberi kejasama yang tidak berbelah bagi untuk kejohanan catur kali ini. Pihak Kolej Vokasional Kulim melalui PK KOKO  Terima Kasih juga diucapkan kepada Kelab Catur Jaafolea kerana menjadi penaja utama kejohanan kali ini. Kejohanan seterusnya akan diadakan di MRSM MERBOK SG PETANI. Jumpa anda di sana.. :)









Tiada ulasan:

Catat Ulasan